INSPIRASI DEKOR DALAM RUANG TAMU UTAMA
1# MODEN KONTEMPORARI
Konsep yang sering menjadi pilihan ramai, gaya dan susun atur penataan dalam pilihan ini diserikan dengan penggunaan warna neutral, putih atau hitam sebagai warna dominan yang digayakan bersama warna-warna ceria sebagai elemen penyeri. Gunakan perabot dengan rekabentuk sleek atau ringkas. Suntikan kemasan fabrik seperti kapas, sutera dan linen yang memiliki warna dan tekstur yg bersesuaian dengan pilihan perabot.
2# SHABBY CHIC
Gaya Shabby Chic mengetengahkan ciri feminim serta suntikan lembut dalam gaya pilihan ini mampu mencuri hati peminatnya. Konsep Shabby Chic ini juga boleh digabungkan dengan warna pastel yang lembut seperti merah jambu, biru muda dan putih krim. Dilengkapi juga dengan aksesori flora dan pemilihan perabot bernuansa vintaj atau klasik.
3# GLAMOR
Gaya glam merupakan pemilihan kemasan dengan suntikan kilauan, cukup sempurna dalam setiap sudut. Warna perabot yang lebih gelap seperti warna hitam, mahogany menjadi pilihan. Selain itu, pemilihan Chandelier pastinya menjadi pilihan wajib bagi yang mengenakan konsep Glam ini.
4# INDUSTRI
Konsep ini kadang kala ditolak bulat-bulat dalam penataan kerana ada yang menganggap ia adalah konsep separa siap dalam sentuhan dekorasi. Namun bagi sesetengah yang lain khususnya yang tinggal dibandar, konsep ini dianggap lebih berani dan menarik. Pemilihan kemasan seperti besi, kaca, aluminium, paip dan getah menjadi elemen yg menarik untuk konsep ini.
5# SCANDINAVIAN
Konsep scandivinavian ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Pemilihan cat dinding berwarna putih menjadi pilihan dalam sentuhan ini. Elemen semulajadi seperti suntikan kemasan kayu dan pokok hiasan segar menjadikan ruang tersebut kelihatan luas, selesa dan nyata dalam penataan. Konsep yg lebih terbuka dan selesa ini membuat tetamu yg bertandang akan menikmati rasa santai yg berpanjangan tatkala berada dlm ruang tamu.
6# RUSTIK
Idea rustik bersifat lama atau old school mampu memberi nafas anggun dalam ruang tamu jika bijak mengenakan hiasan dalamannya. Penggunaan kayu panel sebagai ganti warna cat bagi suntikan yang lebih menghairahkan sentuhan ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi elemen geometri kerana bentuk alur kayu mempunyai jaluran simetri yang amat menarik. Padankan dengan pemilihan perabot berwarna kayu gelap seperti meja kopi dan kabinet hiasan.
Sumber : Artikel Impiana (impiana.my)




