KULAT PADA DINDING DAN SILING PUNCA BATUK DAN SELESEMA?
Perasan tak pada dinding dan siling rumah atau pejabat ada tompokan hitam berdebu yang melekat? Menurut Public Health Malaysia, kulat tersebut mengundang ancaman kesihatan seperti batuk dan selesema. Faktor yang menyebabkan terhasilnya kulat ini adalah kerana persekitaran yang lembap. Malah, jika terdapat kebocoran paip atau saliran, ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.
Tanda-tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding menggelupas. Jadi, bagaimana cara untuk mencegah terhasilnya kulat pada dinding dan siling?
1)Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2)Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
3)Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4)Cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5)Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sekiranya anda tidak mencegah, pendedahan secara berterusn boleh mengakibatkan masalah kronik terhadap kesihatan anda malah boleh menjadi lebih kerap dan serius. Semoga bermanfaat!
Kredit tips dan imej:
https://www.impiana.my/kulat-pada-siling-dan-dinding-punca-batuk-dan-selsema-2/




