TIPS DEKO RUANG SOLAT DI RUMAH ANDA
Kewajipan beribadah adalah tanggungjawab setiap umat Islam. Rumah sebenarnya melambangkan peribadi pemiliknya. Jadi, dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan terhadap perintah pada agama. Rekaan surau kecil di rumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah, malah boleh digunakan untuk mengaji dan tempat ahli keluarga berkumpul untuk memenuhi keinginan rohani.
Berikut tips rekaan ruang solat untuk rumah anda:
1) Pastikan lokasi ruang solat strategik dan nyaman serta memudahkan penggunanya.
2) Saiz ruang solat sebaiknya mengikut bilangan penghuni rumah supaya selesa untuk melakukan ibadah walaupun di ruang yang terhad.
3) Rekaan berpandukan arah kiblat adalah lebih baik agar anda dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.
4) Elakkan ruang solat daripada berhadapan dengan pintu.Arah kiblat sebaiknya terus ke dinding hadapan. Tiada ganguan orang lalu lalang dan sebaiknya tidak mengadap ke bilik air.
5) Ruang solat perlu ada pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya. Sebolehnya berdekatan dengan tingkap. Jika ruang tidak sesuai boleh juga sediakan hiasan lampu dan kipas agar selesa dan terang apabila beribadah.
6) Selain itu, anda boleh menambah rak untuk kegunaan meletak buku-buku ilmiah, keagamaan dan Al-Quran.
7) Deko dengan menambah aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork frame ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.
8) Jika sesuai dengan ruang dan bajet kewangan, anda boleh sediakan tempat mengambil wuduk berhampiran dengan ruang solat yang dibina.
Semoga anda dapat menjadikan dekorasi ruang solat sebagai keutamaan berbanding dengan deco ruangan yang lain. Niat yang baik akan mendatangkan hasil yang baik juga. Selamat menghias!
Kredit tips & imej:
https://www.impiana.my/9-panduan-bina-surau-di-rumah-agar-selesa-beribadah/




