SUAI PADAN PILIHAN WARNA UNTUK KEDIAMAN
Warna rumah sangat memainkan peranan penting dalam suasana dan persekitaran rumah anda. Kalau salah pilih warna, mungkin rumah anda akan nampak kusam dan tak menarik. Jadi, harini kami nak share dengan anda beberapa panduan dalam memilih warna untuk kediaman anda!
1 --- WARNA MONOKROMATIK
Apa tu warna monokromatik? Ia merupakan satu warna tapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan warna sebegini akan memberi impak elegan, kemas dan bersih.
2 --- WARNA ANALOG
Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Warna anaalog hampir sama dengan warna monokromatik, tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu menaikkan seri ruang anda.
3 --- WARNA PELENGKAP
Untuk ruang yang lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary atau pelengkap ini. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contoh gabungan adalah warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan runag kediaman nampak lebih ceria dan bersemangat.
Sumber : Artikel impiana.my




