TIPS DEKORASI RUANG MAKAN
# WARNA
Lebih baik memilih warna yang lebih lembut iaitu dari koleksi pastel. Warna ruang makan tidak perlu terlalu terang dan menyerlah, malah lebih utama elak memilih warna terang untuk ruang makan. Warna terang membangkitkan suasana lebih panas dan mengalirkan lebih aura tenaga. Jadi, tidak mustahil anda lebih bermandi peluh apabila menghirup sup panas di ruang makan dengan warna terang seperti merah dan jingga.
# CAHAYA
Ruang makan harus tampil dengan limpahan cahaya lebih terang yang terus menerjah ke permukaan meja makan. Ruang makan seharusnya memilki lampu jenis gantungan dari siling yang labuh ke permukaan meja malah lebih sesuai apabila lampu itu berada tepat di tengah-tengah ruang atau permukaan meja makan anda.
# MEJA
Pemilihan meja makan dengan bentuk bersegi adalah lebih tepat. Meja makan berbentuk empat segi lebih menjimatkan ruang berbanding meja makan berbentuk bujur ataupun bulat.
# DEKORASI
Meja makan juga perlu mempunyai sedikit kesegaran. Jadi, memilih dekorasi jambangan bunga segar adalah sesuatu yanga amat tepat. Jika anda tidak mempunyai masa, pilih jambangan bunga plastik untuk sedikit dekorasi.
Sedikit panduan sentuhan dekorasi ruang makan, pastinya selepas ini anda sibuk pula menyelak majalah resipi bagi menyediakan hidangan lazat apatah lagi sebagai hidangan untuk insan tersayang.
Sumber : hmetro.com.my




