TIPS PEMILIHAN PERABOT RUMAH
Tips membeli perabot rumah memang agak memeningkan kepala kalau tiada ilmu asas dalam aspek pemilihan perabot. Lebih-lebih lagi jika kita memiliki ruang yang agak terhad, pemilihan perabot haruslah sesuai supaya suasana dalam rumah anda lebih kemas & tersusun. Kami bawakan beberapa tip dan panduan penting yang perlu anda tahu dalam pemilihan perabot samada untuk kediaman atau ruang pejabat anda.
Tips membeli perabot rumah memang agak memeningkan kepala kalau tiada ilmu asas dalam aspek pemilihan perabot. Lebih-lebih lagi jika kita memiliki ruang yang agak terhad, pemilihan perabot haruslah sesuai supaya suasana dalam rumah anda lebih kemas & tersusun. Kami bawakan beberapa tip dan panduan penting yang perlu anda tahu dalam pemilihan perabot samada untuk kediaman atau ruang pejabat anda.
#1-- Pilih Perabot Sesuai Dengan Konsep
Konsep hiasan dalaman untuk sesebuah ruang adalah sangat penting sebelum anda memilih perabot. Contoh konsep yang boleh menjadi pilihan anda termasuklah konsep moden, tradisional, alam semula jadi, kontemporari,minimalis dan banyak lagi.
#2 -- Ukur Perabot Mengikut Keluasan Rumah
Sebelum membeli perabot, kita juga perlu mengambil kira saiz ruang. Seeloknya sebelum ke kedai perabot, kita boleh mengambil ukuran ruang. Setelah mendapat ukuran, bolehlah ke kedai perabot yang berdekatan.
#3 -- Jenis dan Kualiti Kayu
Sebagai pengguna, kita berhak untuk tahu kualiti sesuatu product begitu juga dengan perabot. Penting untuk kita tanya material yang digunakan untuk buat perabot tersebut. Contohnya jenis kayu, ini menentukan jangka hayat perabot. Elakkan membeli perabot yang dibuat dari habuk kayu. Memang tak dinafikan ianya murah, tapi bagaimana dengan kualiti produk?
#4 -- Berkaki Lebih Baik
Fikirkan fungsi perabot dalam aktiviti harian kita. Pemilihan perabot yang berkaki adalah lebih baik kerana memudahkan kerja kita untuk membersihkan habuk terutamanya di lantai. Selain itu juga, perabot yang berkaki lebuh mudah untuk dialih atau diangkat berbanding dengan perabot yang tidak berkaki.
#5 -- Warna
Warna juga memainkan pesanan yang cukup penting dalam pemilihan perabot rumah. Cuba padankan warna perabot dengan lain-lain warna dalam ruang .
#6 -- Harga Mengikut Bajet
Dengan ekonomi sekarang, kita perlu hati-hati berbelanja. Jika boleh, kaji dulu harga yang sesuai dengan poket anda. Jika mampu keluarkan bajet lebih sedikit, boleh pilih perabot yang berkualiti yang tahan untuk jangka masa yang lama.
#7 -- Kos penghantaran
Kos penghantaran juga perlu diambil kira sebelum membeli perabot. Kadang-kadang ada kedai perabot yang kenakan caj ekstra untuk kos penghantaran. Cuba pilih kedai perabot yang menawarkan kos penghantaran percuma.
Sumber : Am Pro Movers Transportation (apmt.com.my)




